TERMA & SYARAT
Pakej Umrah & Ziarah
1. TEMPAHAN & BAYARAN
Tempahan bayaran deposit RM 1,000.00 (satu ribu ringgit) telah ditetapkan oleh pihak pengurusan RAGT. Deposit juga boleh dibayar secara ansuran, pertama semasa membuat tempahan perlulah berserta wang deposit sebanyak RM 500.00 (lima ratus ringgit) dan baki deposit hendaklah diselesaikan dalam jangka waktu 2 bulan dari tarikh membuat tempahan tersebut untuk memastikan tempat duduk dalam tempahan penerbangan dan pengesahan pakej yang telah dipilih.
Pembayaran penuh mesti dijelaskan lima puluh lima hari (55) bersamaan dengan 1 bulan 25 hari tempohnya sebelum tarikh berlepas. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai, cek atau pindahan atas nama seperti di bawah:
RA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD
ACC NO: 8011412949 (CIMB BANK)
Kegagalan untuk mematuhi klausa di atas boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelupusan deposit.
2. TANGGUNGJAWAB
Jemaah umrah mestilah mengisi borang pendaftaran, menyemak terma & syarat pakej umrah yang dipilih, memahami terma dan syarat tersebut serta menandatangani borang pendaftaran tempahan tersebut.
Pihak syarikat berhak menukar tarikh penerbangan, harga pakej dan hotel kerana perkara ini tertakluk kepada perubahan semasa dari pihak berwajib yang terlibat seperti syarikat penerbangan, pihak perhotelan, pihak muassasah yang menguruskan visa dan pihak berkuasa di Arab Saudi. Segala kenaikan harga dan perubahan dari pihak pengurusan Arab Saudi dan penerbangan adalah luar jangka syarikat.
Bayaran lebihan berat bagasi adalah tanggungjawab setiap Jemaah sendiri.
Sekiranya kehilangan bagasi/barang daripada pesawat, jemaah umrah hendaklah membuat aduan terus kepada syarikat penerbangan kerana ia di bawah tanggungjawab syarikat penerbangan. Boleh memohon bantuan dari Mutawwif dan petugas syarikat RAGT.
Sekiranya jemaah gagal untuk hadir semasa hari penerbangan setelah semua perkara lengkap diuruskan seperti visa yang telah lulus, tiket penerbangan dan hotel telah ditempah, syarikat akan memotong bayaran pakej yang telah dibuat mengikut Akta Jadual 4 yang telah dikeluarkan oleh MOTAC.
Seandainya jemaah melakukan sebarang kesalahan undang-undang di Arab Saudi maka jemaah akan dikenakan denda dan bayaran. Pihak syarikat RAGT tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam semua hal yang tersebut di dalam perkara 2.5 ini.
3. DOKUMEN VISA UMRAH
Jemaah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak syarikat bagi pemprosesan permohonan visa kepada Arab Saudi seperti:
- Passport original
- Kad suntikan ACYW135 (meningococcal)
- Gambar berukuran passport berlatar belakang putih (tidak memakai topi/songkok/kopiah/hiasan kepala, cermin mata)
- Dokumen-dokumen tambahan jika perlu
Segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen-dokumen tersebut adalah di bawah tanggungan Jemaah sendiri.
Kegagalan Jemaah untuk menyediakan dokumen yang diperlukan dalam tempoh masa 55 hari sebelum Tarikh berlepas boleh mengakibatkan kegagalan bagi Jemaah untuk memperoleh visa.
Pihak syarikat akan memproses permohonan visa bagi setiap Jemaah namun syarikat tidak dapat menjamin kelulusan bagi permohonan visa kerana ianya tertakluk kepada kelulusan Kedutaan Arab Saudi.
4. HARGA PAKEJ & CENDERAHATI
Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Harga pakej tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar harga hotel semasa, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga berserta mengeluarkan notis kepada Jemaah.
Harga pakej tidak termasuk aktiviti tambahan.
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat jika mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat tidak digunakan oleh Jemaah atas sebab peribadi.
Segala kos yang melibatkan keperluan peribadi, kos perubatan farmasi luar/hospital yang tidak tersedia dalam polisi kesihatan (medical card), kos pembelanjaan peribadi dan sebagainya adalah di bawah tanggungan Jemaah sendiri.
Kos rawatan klinik dan hospital yang ditanggung oleh syarikat adalah di Tanah Suci Mekkah & Madinah Sahaja dengan penggunaan Medical Card yang disediakan oleh syarikat dimana Medical Card tersebut sudah termasuk di dalam mana-mana pakej yang Jemaah pilih.
Segala kos rawatan klinik dan hospital di luar tanah suci seperti Thaif/Jeddah adalah di bawah tanggungan Jemaah sendiri.
Harga pakej tidak termasuk kos pengangkutan persendirian Jemaah untuk ke airport atau ke lain-lain tempat.
Cenderahati daripada syarikat akan diberikan kepada setiap Jemaah setelah pembayaran akhir dibuat (tertakluk kepada pakej yang ditempah):
Sekiranya Jemaah ingin membatalkan tempahan dan ingin memulangkan semula cenderahati, pihak syarikat hanya akan menerima semula cenderahati yang masih dalam keadaan yang baik. Sekiranya cenderahati tersebut dalam keadaan yang kurang memuaskan sewaktu pemulangan, pihak syarikat tidak dapat menerima semula cenderahati tersebut dan potongan bayaran akan dikenakan daripada harga penuh pakej.
5. PEMBATALAN TEMPAHAN OLEH JEMAAH
Pembatalan tempahan mestilah dibuat secara bertulis kepada pihak syarikat beserta alasan/sebab yang munasabah dan kukuh.
Sekiranya berlaku bencana alam, malapetaka, wabak penyakit dan kekangan daripada pihak Arab Saudi/Kerajaan Malaysia dan pihak syarikat telah menguruskan segala pembayaran penerbangan, pengangkutan, hotel dan lain-lain (GROUND HANDLER di Mekah & Madinah), maka pihak syarikat tidak dapat memulangkan bayaran penuh kepada jemaah sekiranya jemaah ingin membuat pembatalan tempahan.
Jika pembatalan dibuat setelah tempahan dibuat (tiket penerbangan, hotel & pemprosesan visa), bayaran deposit tidak akan dikembalikan.
Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:
| PEMBATALAN DITERIMA | CAJ PEMBATALAN BAGI SETIAP ORANG |
|---|---|
| 22–44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Perlucutan deposit pelancongan |
| 15–21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
| 8–14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
| 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
| Hari penerbangan | 100% daripada tambang pelancongan |
Sekiranya jemaah ingin menukar nama setelah penempahan tiket telah dibuat oleh pihak syarikat, segala kos penalti yang dikenakan oleh pihak penerbangan adalah di bawah tanggungan jemaah itu sendiri.
6. PEMBATALAN OLEH SYARIKAT
Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang di luar kawalan syarikat.
Walaubagaimanapun, pihaksyarikat akan mengesyorkan alternatifyang bersesuaian kepada jemaah. Sekiranya jemaah memutuskan untuk tidak menerima alternatif yang dicadangkan,wang deposit jemaah tidak boleh dikembalikan.Melainkan jemaah diberi pilihan untuk menukar tarikh penerbanganyang bersesuaian dengan cadangan syarikat atau jemaah boleh menukar nama peserta. Tertakluk kepada terma & syarat syarikat RAGT.

RA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD
Syarikat Travel & Umrah yang dipercayai dan berpengalaman